Faiths;


Happy Belated Birthday to me -.- ; 28 Oct 2012 @ 5:37 pm { 0 fellows }
*i love red as much as i love my crush. :'3

       2 hari kene potong internet disebabkan petir . Jahat lah kau ni petir ;-; . Kek tahun ni tak seberapa sangat . -.- , anyway aku bersyukur . Sebab apa kek tu tak seberapa ? Sebab ada strawberry . -.- Aku allergic pada strawberry , blueberry and such as berry-berry . Tahun ni aku sambut hari jadi tanpa mak , ayah , abang sulung dan kakak ipar aku . Diorang semua pergi balik kampung sebab Tok Uda aku meninggal dunia . Innalillah . Kakak ipar aku janji nak beli something , tapi tak ada pun . Tak apalah . ;___; . Okay , 5 November ni ada Jamuan Perpisahan . (padahal tahun depan jumpa lagi wat apa nak buat jamuan perpisahan ? lol) Setiap orang ada section dia . Contohnya , section dia kena susun minuman , makanan , etc . Section aku pula kena jadi photographer disebabkan aku sorang je ada Nikon . Aku ni sebenarnya risau . Risau diorang akan kata aku bajet . -.- Itu aku paling tak puas hati . Okay , apasal pulak aku cakap pasal benda ni ? Adoi2 . --' Aku orang kedah dengan ganu . kay perlu ke nak cakap . --' Anyway ramai kawan aku wish aku 'Happy Birthday Moyang !' . Sebab dalam Fake Family Tree ,  aku jadi moyang .  Lol . Kay , Aku cakap panjang-panjang , macam lah korang baca . -.-'


Salam Hari Raya Aidiladha . ; 25 Oct 2012 @ 5:44 pm { 0 fellows }
    
    
    
*ice cream chocolate..... STAHP ...

      Assalamualaikum . Mesti korang tahu kan hari ni hari apa ? Hari Raya Aidiladha ! Tak sabar aku nak tengok lembu disembelih ~! Hehehe  . Hari ni satu keluarga aku puasa sunat . ^^ Sekarang ni perut aku tengah berbunyi disebabkan aku pasang gambar makanan diatas . -.- . (kay berbalik kepada topik diatas -.-) Korang rasa kesian tak kalau lembu disembelih ? Ha ? Kesian ? Kalau korang kata kesian dah sah-sah korang diharamkan untuk makan daging lembu itu . Kenapa ? Sebab , haiwan seperti ayam , lembu , kambing , etc , tu boleh dimakan . Ish , korang ni belajar sains ke tak waktu kecil-kecil dulu ? --'  Lepas lembu disembelih , lembu terus dimasukkan didalam syurga . Tapi kalau kita mati , konfem ke masuk syurga terus ? Tak kan ? #maaf kalau terasa . 

      Untuk pengatahuan korang , lusa atau sabtu ni nanti hari jadi aku . ^^ so , korang cepat-cepat la bagi hadiah yang best-best . Hari sabtu ni , disebabkan hari jadi aku , aku nak pergi restoran mewah . Kay , macamlah aku boleh pergi sana . -.- Padahal bila hari jadi , takde hadiah pun , dapat makan kek je . Fuuuu-- . Dari dulu lagi aku teringin nak hadiah . Tapi malangnya asyik makan kek jeeeeeeeeeee . adeh . ==' Okay , jangan lupa wish aku bila 27 Oktober nanti ya ! ^^ , kalau korang taknak wish takpe , tak kesah pun . :) 


Kalau boleh aku nak makanan kat atas ni . :3




I love grey . Problem ? :D ; 22 Oct 2012 @ 4:30 pm { 0 fellows }
     
*Yunho with Suho ! Omooo *-* #Dying*


 Assalamualaikum to Muslims and Hello to non-Muslims . Cer tengok apa yang berubah, cantik tak ? :D:D ??! Haaaa ? Tak cantik ? Okayyyy . :\ (kay childish . -.-) Anyway , ini citarasa aku . Aku suka soft greyyyyyyyyyy tahap gabannnnnnnnnnn !  Okay , cer tengok perbezaan nya .

Sebelum :


Selepas :



Heeeeeeeeeeeeee ! Daripada gambar berbunga2 ke gambar manga dan anime . HAHAHAHA .
Nanti kalau aku dah boring dengan kalernya , aku tukar . Hahahaha . -.- .

Okay , entry ni pendek je . -.- . Saya malas nak type panjang2 . Lol , tetibe ada 'saya'.  =.='


Aku bermimpi. ; 19 Oct 2012 @ 4:24 pm { 0 fellows }
*source:tumblr bilik dia lebih kurang mcm ni la .

P/S: Ini memang 100% jalan cerita mimpi aku .
P/S II : Mimpi ni nonsense . -.- kalau korang baca , jangan gelak .

       Aku bermimpi aku dan keluarga aku pergi percutian melancong di luar negara. Aku dan keluarga aku tempah di hotel yang sangat mewah . Ummm , boleh dikatakan 5 stars lah (ecehhhh hahaha) . Tengok luar memang sangat mewah tapi apabila kami memasuki kedalam , ia memang sangat seram . Kaki aku bergetar-getar untuk menjalan kerana terlalu takut . Adik beradik aku yang lain , semua terkejut , even aku pun terkejut . Mak dan Ayah aku pun takut sedikit , tapi Mak dan Ayah aku yakin , tidak ada apa-apa yang seram akan berlaku . (urhhhh,  aku tak igt sangat la part ni , yg aku paling igt bila da check in , pastu masuk bilik hotel)


      Selepas kami masuk ke bilik , kami semua terkejut . (sume bende terkejut -..-) Bilik itu seperti bilik orang yang sudah meninggal . Juga bilik itu seperti tidak buka selama 2 tahun . Bilik itu semuanya berhabuk . Kami hairan , sepatutnya seluruh bilik hotel bersih , pekerja pencuci yang buatkan . Tapi ini pelik . Semuanya berhabuk . Selepas kami terkejut , kami terus bersihkan bilik itu . Selepas kami bersihkan bilik , ia memang nampak bilik hotel 5 bintang . Kami berasa penat dan takut juga pada bilik itu . Kami semua berasa kotor dan busuk selepas kemas bilik itu , kami tunggu satu per satu untuk mandi . Aku tunggu paling last . Selepas adik beradik aku habis mandi , turn aku pula . Apabila aku masuk ke dalam bilik air ,  aku memang tahap gaban terkejut dan takut . Patutlah adik beradik aku bila lepas mandi semua terkejut . Bilik air itu seperti dipenuh dengan darah , orang yang telah dibunuh apabila ia tidak membuka lampu , tapi bila ia membuka lampu , semuanya nampak bersih . Aku berasa lega sedikit . Hanya sedikit sahaja . Aku mandi di 'Bathtub' sedangkan 'Shower' lagi cepat untuk mandi . Aku kan suka lambat-lambat . Huhehiha . Apabila aku sedang mandi di 'Bathtub' aku terlelap . Aku bermimpi (wahhhh mimpi dalam mimpi LOLOL AHAHA) , mimpi aku ceritakan pasal hotel 5 bintang .


       Ceritanya begini , dulu , negara itu diserang oleh negara yang paling kuat didunia . Mereka mebomkan semua benda , termasuk orang yang tidak bersalah . Semua benda hancur , semua orang telah mati . Tapi hanya satu bangunan dan satu orang sahaja yang hidup . Bangunan itu ialah Bangunan hotel 5 bintang . Orang  yang hidup itu adalah Kamal Adli . (aku pon taktau mcm mana retis melayu ni masuk dalam mimpi aku o.O) Kamal Adli adalah seorang yang tabah , kuat , tidak pernah berputus asa dalam apa jua keadaan . Dia juga mempunyai bangunan hotel 5 bintang . Sebenarnya bila negara mereka diperang , Kamal Adli sedang tidur nyenyak di rumahnya . Dia tidur selama 2 hari tanpa sedari apa-apa yang berlaku . Selepas dia bangun , dia terkejut , semua benda hancur , rumah dia pun hancur . Selepas 2 jam dia mencari orang yang hidup , dia baru sedari bahawa hotel 5 bintang dia . Dia berlari laju secepat yang dia boleh . Apabila sudah sampai , Kamal Adli bersenyuman tangisan . Dia berdoa kepada Tuhan .


"Ya Tuhan , Terima Ka--Kasih , Bangunan yang aku susah payah untuk direka masih lagi elok walaupun sedikit banyak yang hancur."


      Kamal Adli bersujud kepada Tuhannya . Selepas itu , dia memasuki hotel biliknya , dia sanggup membersihkan walaupun seorang sahaja . Dia membersihkan tempat itu dalam masa 2 bulan . Kerana hotel 5 bintang itu mempunyai banyak tingkat . Di dalam hotel itu sebenarnya ada orang dibunuh semasa diperang . Dia buang orang yang telah dibunuh di dalam tanah . Dia memang baik . Selepas 3 bulan , dia hampir mati sebab kelaparan yang teramat . Dia berjalan dengan kaki yang lemah . Dia mahu makan . Tapi makanannya semua juga hancur . Dia menangis dalam senyap . Air matanya keluar banyak . Selepas itu , dia tidak langsung ada mempunyai kuasa untuk hidup . Dia terbaring di tepi jalan .


      Selepas setelah lama aku berlelap , aku membuka mata dan terkejut sambil mengeluar air mata . Aku menangis terdesak-desak .


"Adli , aku tidak sangka kau bersusah payah untuk mereka hotel 5 bintang . Aku rasa kau tidak payah mereka hotel 5 bintang ini kalau kau akhirnya mati ! Siapa yang akan jaga selepas itu ?! Tidak ada siapa
kan ?! "

"Iya . Aku memang tidak fikir dari mula . Sedangkan aku tiada langsung keluarga ."

       Aku terkejut . Suara itu sebijik seperti suara Kamal Adli di dalam mimpi aku . (em mimpi dalam mimpi i mean >_>) 



"Kau.... ? Kau Kamal Adli ? Kau masih hidup ? Ke hanya imaganasiku ?"


"Ini roh aku . Badan aku sudah hilang 14 tahun yang lalu."

 '14 tahun yang lalu ?! maknanya hotel ini sudah ditinggalkan selama 14 tahun ! Lebih lama yang aku sangkakan !' fikirku dalam minda .


"Maknanya peperangan itu 14 tahun yang lalu ?"

"Iya , semenjak kamu semua datang ke hotel 5 bintang , saya hanya memerhati kamu semua . Awak semua nampak begitu sangat takut . Tapi awak semua berani untuk meyakinkan diri yang tidak apa-apa yang berlaku . Saya pun beranikan diri untuk mempertahanan awak semua . "

     Aku menangis . Aku tidak tahu kenapa aku menangis . Mataku mula menjadi merah . Air mataku banyak mengalir dipipiku .


"....K--Kenapa kau susah payah untuk mempertahankan kita sem--ua ?"

"Saya tidak mahu tengok awak semua dalam kesakitan yang amat . Saya mahu awak semua gembira ." 


     Selepas dia berkata , rohnya hilang , suaranya juga hilang . Selepas aku habis mandi , keluargaku marahku disebabkan aku mandi terlalu lambat . Dalam keadaan begini , alasanku terpaksa menipu dan anggap benda itu tidak akan berlaku . Aku memberi tahu pada keluargaku  yang kita tidak boleh duduk di hotel 5 bintang itu lama sangat . Selepas itu , kami melancong di tempat lain . Tempat yang menggembiraka kami . Dan selepas itu (banyak bebenor selepas-selepas =.=') aku bangun .


P/S: Erh , ni bukan karangan bm . aku tau bm aku teruk . pls don't judge me ;-; i know i'm suck at BM .


Masa berlalu sangat pantas . -.- ; @ 1:46 pm { 0 fellows }

     Assalamualaikum to Muslims and Hello to non-Muslims , (eceh, speaking2 . wkwkwk xD) . Aku pun taktau kenapa aku buat entry 'Masa berlalu sangat pantas -.-' . Sebab , aku ingat bulan lepas baru semalam . Aku pun terfikir-fikir , kenapa masa itu cepat sangat berlalu ? Ya , aku tahu masa itu Emas . Masa itu kita kenalah jaga dengan baik . Bila ada lapang , kita buatlah benda yang berfaedah . Bukan benda tak berfaedah . (padahal aku pun sama . =.=') Okay . Aku taktau nak cakap apa sebenarnya . Erh , Aku ni sebenarnya tak suka Blogger Interface yang baru . Menyampah dan konfius . Eiii , kalau lah ada "Old Blogger Interface" , kan senang . -.- . Aku just tak suka . Tapi takdelah sifat kebencian . Aku suka yang lama , tak suka yang baru . Aku rancang nak hiatus Disember or November 2012 hingga September 2013 . Tapi macam terlalu lama so , aku rancang tak payahlah . 





      Aku ada cerita nak bagitahu korang , masa tu , aku nak balik ke sekolah , aku ada ternampak seorang budak selekeh . Budak tu dia pakai baju terkoyak , pakai rantai , pakai cincin , seluar sampai atas lutut . Bila aku ternampak tu , dia diberi ceramah oleh 'Ustazah' yang tengah drive pastu stop di tepi jalan hanya untuk memeberi ceramah untuk budak itu . Aku terdengar ,

"Ni kenapa pakai baju selekeh ?! Siap pakai rantai lagi ! Kamu ni pakai baju selekeh , pastu jalan di tepi jalan berseorangan . Kamu ingat sopan ke kalau pakai baju macam ni ? Dah lah pakai seluar atas lutut . Kamu tahu tak atas lutut itu aurat ? Kamu ingat aurat itu bukan dosa ? Kamu ni dah lah orang melayu , Islam pula tu ! Kamu ni tidak tahu rasa malu ke ? Kalau saya jadi kamu , saya malu untuk berkeluar dengan berpakaian macam ni !" 

         Erm , rasanya itu jelah yang aku dengar . Pastu aku jalan buat-buat tidak dengar apa-apa . Hehe . Aku ni jenis tak suka masuk hal orang . Pastu aku balik rumah . ~.~ Sampai di sini sahajalah . Kbye . =='


 



| Next »
ƒollow