Aku bermimpi. ; 19 Oct 2012 @ 4:24 pm { 0 fellows }

*source:tumblr bilik dia lebih kurang mcm ni la .
P/S: Ini memang 100% jalan cerita mimpi aku .
P/S II : Mimpi ni nonsense . -.- kalau korang baca , jangan gelak .
Aku bermimpi aku dan keluarga aku pergi percutian melancong di luar negara. Aku dan keluarga aku tempah di hotel yang sangat mewah . Ummm , boleh dikatakan 5 stars lah (ecehhhh hahaha) . Tengok luar memang sangat mewah tapi apabila kami memasuki kedalam , ia memang sangat seram . Kaki aku bergetar-getar untuk menjalan kerana terlalu takut . Adik beradik aku yang lain , semua terkejut , even aku pun terkejut . Mak dan Ayah aku pun takut sedikit , tapi Mak dan Ayah aku yakin , tidak ada apa-apa yang seram akan berlaku . (urhhhh, aku tak igt sangat la part ni , yg aku paling igt bila da check in , pastu masuk bilik hotel)P/S: Ini memang 100% jalan cerita mimpi aku .
P/S II : Mimpi ni nonsense . -.- kalau korang baca , jangan gelak .
Selepas kami masuk ke bilik , kami semua terkejut . (sume bende terkejut -..-) Bilik itu seperti bilik orang yang sudah meninggal . Juga bilik itu seperti tidak buka selama 2 tahun . Bilik itu semuanya berhabuk . Kami hairan , sepatutnya seluruh bilik hotel bersih , pekerja pencuci yang buatkan . Tapi ini pelik . Semuanya berhabuk . Selepas kami terkejut , kami terus bersihkan bilik itu . Selepas kami bersihkan bilik , ia memang nampak bilik hotel 5 bintang . Kami berasa penat dan takut juga pada bilik itu . Kami semua berasa kotor dan busuk selepas kemas bilik itu , kami tunggu satu per satu untuk mandi . Aku tunggu paling last . Selepas adik beradik aku habis mandi , turn aku pula . Apabila aku masuk ke dalam bilik air , aku memang tahap gaban terkejut dan takut . Patutlah adik beradik aku bila lepas mandi semua terkejut . Bilik air itu seperti dipenuh dengan darah , orang yang telah dibunuh apabila ia tidak membuka lampu , tapi bila ia membuka lampu , semuanya nampak bersih . Aku berasa lega sedikit . Hanya sedikit sahaja . Aku mandi di 'Bathtub' sedangkan 'Shower' lagi cepat untuk mandi . Aku kan suka lambat-lambat . Huhehiha . Apabila aku sedang mandi di 'Bathtub' aku terlelap . Aku bermimpi (wahhhh mimpi dalam mimpi LOLOL AHAHA) , mimpi aku ceritakan pasal hotel 5 bintang .
Ceritanya begini , dulu , negara itu diserang oleh negara yang paling kuat didunia . Mereka mebomkan semua benda , termasuk orang yang tidak bersalah . Semua benda hancur , semua orang telah mati . Tapi hanya satu bangunan dan satu orang sahaja yang hidup . Bangunan itu ialah Bangunan hotel 5 bintang . Orang yang hidup itu adalah Kamal Adli . (aku pon taktau mcm mana retis melayu ni masuk dalam mimpi aku o.O) Kamal Adli adalah seorang yang tabah , kuat , tidak pernah berputus asa dalam apa jua keadaan . Dia juga mempunyai bangunan hotel 5 bintang . Sebenarnya bila negara mereka diperang , Kamal Adli sedang tidur nyenyak di rumahnya . Dia tidur selama 2 hari tanpa sedari apa-apa yang berlaku . Selepas dia bangun , dia terkejut , semua benda hancur , rumah dia pun hancur . Selepas 2 jam dia mencari orang yang hidup , dia baru sedari bahawa hotel 5 bintang dia . Dia berlari laju secepat yang dia boleh . Apabila sudah sampai , Kamal Adli bersenyuman tangisan . Dia berdoa kepada Tuhan .
"Ya Tuhan , Terima Ka--Kasih , Bangunan yang aku susah payah untuk direka masih lagi elok walaupun sedikit banyak yang hancur."
Kamal Adli bersujud kepada Tuhannya . Selepas itu , dia memasuki hotel biliknya , dia sanggup membersihkan walaupun seorang sahaja . Dia membersihkan tempat itu dalam masa 2 bulan . Kerana hotel 5 bintang itu mempunyai banyak tingkat . Di dalam hotel itu sebenarnya ada orang dibunuh semasa diperang . Dia buang orang yang telah dibunuh di dalam tanah . Dia memang baik . Selepas 3 bulan , dia hampir mati sebab kelaparan yang teramat . Dia berjalan dengan kaki yang lemah . Dia mahu makan . Tapi makanannya semua juga hancur . Dia menangis dalam senyap . Air matanya keluar banyak . Selepas itu , dia tidak langsung ada mempunyai kuasa untuk hidup . Dia terbaring di tepi jalan .
Selepas setelah lama aku berlelap , aku membuka mata dan terkejut sambil mengeluar air mata . Aku menangis terdesak-desak .
"Adli , aku tidak sangka kau bersusah payah untuk mereka hotel 5 bintang . Aku rasa kau tidak payah mereka hotel 5 bintang ini kalau kau akhirnya mati ! Siapa yang akan jaga selepas itu ?! Tidak ada siapakan ?! "
"Iya . Aku memang tidak fikir dari mula . Sedangkan aku tiada langsung keluarga ."
Aku terkejut . Suara itu sebijik seperti suara Kamal Adli di dalam mimpi aku . (em mimpi dalam mimpi i mean >_>)
"Kau.... ? Kau Kamal Adli ? Kau masih hidup ? Ke hanya imaganasiku ?"
"Ini roh aku . Badan aku sudah hilang 14 tahun yang lalu."
'14 tahun yang lalu ?! maknanya hotel ini sudah ditinggalkan selama 14 tahun ! Lebih lama yang aku sangkakan !' fikirku dalam minda .
"Maknanya peperangan itu 14 tahun yang lalu ?"
"Iya , semenjak kamu semua datang ke hotel 5 bintang , saya hanya memerhati kamu semua . Awak semua nampak begitu sangat takut . Tapi awak semua berani untuk meyakinkan diri yang tidak apa-apa yang berlaku . Saya pun beranikan diri untuk mempertahanan awak semua . "
Aku menangis . Aku tidak tahu kenapa aku menangis . Mataku mula menjadi merah . Air mataku banyak mengalir dipipiku .
"....K--Kenapa kau susah payah untuk mempertahankan kita sem--ua ?"
"Saya tidak mahu tengok awak semua dalam kesakitan yang amat . Saya mahu awak semua gembira ."
Selepas dia berkata , rohnya hilang , suaranya juga hilang . Selepas aku habis mandi , keluargaku marahku disebabkan aku mandi terlalu lambat . Dalam keadaan begini , alasanku terpaksa menipu dan anggap benda itu tidak akan berlaku . Aku memberi tahu pada keluargaku yang kita tidak boleh duduk di hotel 5 bintang itu lama sangat . Selepas itu , kami melancong di tempat lain . Tempat yang menggembiraka kami . Dan selepas itu (banyak bebenor selepas-selepas =.=') aku bangun .
P/S: Erh , ni bukan karangan bm . aku tau bm aku teruk . pls don't judge me ;-; i know i'm suck at BM .
« Previous | Next »